HATI WANITA-Lelaki Takkan Pernah Faham

Assalamualaikum.......

Duhai Lelaki...
Ketahuilah wanita itu terlalu istimewa....
Jiwa kami terlalu rapuh...
Sifat kami memang berbeza-beza...
Hati kami terlalu kecil...

Pabila kami berbicara....
Kami hanya mahu diberi perhatian...
Pabila kami gembira...
kami mahu berkongsi kebahagian itu bersama...
pabila kami ditimpa masalah dan menangis..
kami mahu anda di sisi...
meminjam bahumu untuk berkongsi perasaan itu..
Cukup sekadar itu....

Tidak kami pinta wang dan harta
Tidak kami minta paras rupa menawan
Tidak kami minta hadiah dan pujian...
Hanya masa bersama...kesetian..dan kasih sayang

Kami tidak pandai berbicara secara terus..
kata-kata kami penuh dengan kiasan..
kerana sifat wanita itu penuh misteri...
penuh dengan sifat malu....

Cubalah fahami kami...
cubalah mengerti sifat kami...
Belajarlah mengenal hati kami...
pasti kau temui cinta sejati...
kebahagiaan yang hakiki...
yang berkekalan hingga ke akhirnya....

Duhai lelaki....
Tidak semua wanita itu sempurna...
Ada masanya mood wanita berubah-ubah..
Ada masanya jiwa wanita mudah terasa...
Belajarlah bersabar dan memahami...
Bukan membentak dan berkasar...
Bukan memarahi dan membenci...

Andainya kau tahu lelaki....
Pabila seorang wanita menerimamu dalam hidupnye...
Meieka hanya mahu kamu setia...
Mereka hanya mahu kamu memandangnya...
mereka hanya mahu kamu bersamanya...
Dan balasannye kesetian dan seluruh jiwa kami hanya untukmu..

Kerana itu lelaki...
jangan sesekali bermain dengan perasaan kami...
jangan sesekali membohongi kami...
jangan sesekali merosakkan hati kami...
kerana sekali kau melakukannya...
selamanya kau merana...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
COPYRIGHT BY DE'LAROSA PERFUME, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink