Panic Disorder- TAkut nak Mati..

Assalamualaikum.......

Pernah tak sesiapa yang mengalami perasaan seolah-olah ajalnya dah tiba...
Pernahkah alami perasaan berdebar tak tentu arah...
Jantung berdegup pantas bagai nak pecah...
Tidur malamnya tak pernah lena...
Mimpi bukan2x dan nafas semput....
Tangan dan seluruh badan kebas dan menggigil???


Perasaan takut yang teramat sangat....
perasaan takut seolah2x mati itu semakin hampir....
Perasaan takut dan cemas sampai nafas jadi pendek....


Seksanya Ya Allah....
Hanya yg pernah mengalaminya akan memahaminya...
Hanya sokongan dan dorongan dari insan sekelililing jadi penguat semangat...

Setiap penyakit itu ada hikmahnya tersembunyi...
Setiap penyakit itu ada penawarnya....
Moga mereka mampu hadapi dan melaluinya dengan tenang dan redha.....

Doaku....Moga Allah memberikan kesembuhan penyakit....
Dan moga mereka menjadi insan yang lebih menghargai kehidupan ini.....

BINI MAT YO BIKIN PANAS

Assalamualaikum.......

Adoi...arini sana sini duk citer isu pasal bini Mat yo...
Wa pun xkanal sapa Mat Yo dan bininya...
Tapi disebabkan semua org duk kecoh kat FB..wa pun baca gak la...

Erm..xnak komen panjang2x la...
Cuma agak terkilan dgn bini Mat yo...
Even ko nak marah pun...
Tapi xperlu kot nak maki pakcik tua yg da pangkat BAPA ko...
Yela..kalaupun benar pakcik tuh bersalah...
Kita sbg yg lebey MUDA xperlu nak nak marah2x atau tengking org macam tuh...
MASHA ALLAH....
moga ada kesedaran dan keinsafan dalam hatimu...

GambarKomik

Citer selebihnya...korang u-tube la if nak tau ape yg berlaku...
Wa pun malas nak semakkan blog dgn citer neh...'
Tapi pic kat atas sekadar gurauan...
Pinjam dgn kat SINI.... 
enjoy!!!!!

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum.......

Rasa nak join Segmen MamaMamy  la....
Dah lama ase xjoin GA/SEGMEN atau seumpamanya....
Dah manin jauh plak ukhwah antara kita sume....
Sorry ya..Wa pun agak bz....
hehehee....
Tapi pasneh wa try aktif semula....
Sapa2x nak join...klik jela Pic yg comey tuh erk...
Untung2x leh dapat spesel gift...
Jom join ramai2x....

Hukum Menyentuh al-Qur’an Tanpa Wudhu’

Assalamualaikum....... 

HUKUM MENYENTUH ATAU MEMEGANG AL-QUR’AN BAGI ORANG JUNUB, WANITA HAID DAN NIFAS.



Menurut tuan guru kami, pakar tafsir Prof Dr Solah ‘Abd al-Fattah al-Khalidi (Jordan), harus menyentuh al-Quran tanpa wudhu’, bagi wanita haid atau nifas dan orang berjunub, Cuma lebih afdal sekiranya berwudhu’. Ini bermaksud menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ tidaklah haram. Antara yang berpendapat demikian ialah segolongan ulama tabi’in al-Hasan al-Basri, Ibn Sirin, al-Imam Dawud al-Zahiri, al-Bukhari, Ibn Hazm, Al-Shawkani dan Ibn al-Wazir.

1.Tidak ada satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang al-Qur’an bagi orang junub, perempuan haid dan nifas. Allahumma, kecuali mereka yang melarang atau mengharamkan berdalil dengan firman Allah Azza wa Jalla.
“Tidak ada yang menyentuh (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan” [Al-Waqi’ah : 79]
Yang sahih, yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah : Tidak ada yang dapat menyentuh Al-Qur’an yang ada di Lawh Mahfuz sebagaimana ditegaskan oleh ayat yang sebelumnya (ayat 78) kecuali para Malaikat yang telah disucikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Demikian tafsir dari Ibnu ‘Abbas dan lain-lain sebagaimana telah diterangkan oleh al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Bukanlah yang dimaksud bahawa tidak boleh menyentuh atau memegang Al-Qur’an kecuali orang yang bersih dari hadath besar dan hadath kecil. Kalau betul demikian maksudnya tentang firman Allah di atas ertinya menjadi : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali mereka yang suci/bersih, yakni dengan bentuk faa’il (subjek/pelaku) bukan maf’ul (objek). Kenyataannya Allah berfirman : Tidak ada yang menyentuhnya (Al-Qur’an) kecuali mereka yang telah disucikan yakni dengan bentuk maf’ul (objek) bukan sebagai faa’il (subjek).

2.Mereka yang melarang menyentuh al-Quran tanpa wudhu’ berdalil dengan hadith,
(( لا يمس القرآن إلا طاهر ))
“Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang yang suci.”
Hadith Sahih riwayat al-Daraqutni dari jalan ‘Amr bin Hazm. Dan dari jalan Hakim bin Hizaam diriwayatkan oleh al-Daraquthni, al-Hakim, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat dan lain-lain. Dan dari jalan Ibnu ‘Umar diriwayatkan oleh al-Daraqutni dan lain-lain. Dan dari jalan ‘Uthman ibn Abil ‘Aash diriwayatkan oleh al-Tabarani dlm al-Mu’jam al-Kabir dan lain-lain. [1]

Yang sahih, maksud hadith di atas ialah : Tidak ada yang menyentuh Al-Qur’an kecuali orang mu’min yang suci, kerana orang mu’min itu suci tidak najis sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”. Berkata al-Albani dalam Tamam al-Minnah (ms 107), yang dimaksudkan ialah jangan membiarkan musyrik menyentuhnya.
Sahih, hadith riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain dari jalan Abu Hurairah, ia berkata : “Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menjumpaiku di salah satu jalan dari jalan-jalan yang ada di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan junub, lalu aku menyingkir pergi dan segera aku mandi kemudian aku datang (menemui baginda), lalu baginda bersabda, “Kemana engkau tadi wahai Abu Hurairah?” Jawabku, “Aku tadi dalam keadaan junub, maka aku tidak suka duduk bersamamu dalam keadaan tidak bersih (suci)”. Maka Baginda saw bersabda, “Subhanallah! Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.” (Dalam riwayat yang lain beliau bersabda, “Sesungguhnya orang muslim itu tidak najis”).
Bukanlah yang dimaksudkan dengan orang yang suci ialah suci dari hadath besar dan hadath kecil, kerana lafaz taahir dalam hadith di atas ialah satu lafaz yang mempunyai beberapa makna (musytarak) iaitu : Suci dari hadath besar, suci dari hadath kecil dan suci yang bererti orang mu’min. untuk menentukan salah satu dari tiga macam arti thaahir diatas harus ada qarinah (tanda dan alamat) yang membawa dan menentukan salah satunya. Apakah erti thaahir di atas maksudnya bersih dan hadats besar atau bersih dari hadath kecil atau mu’min?.

Untuk yang pertama dan kedua iaitu bersih dari hadath besar dan hadath kecil tidak ada satupun qarinah yang menetapkannya. [2]. Sedangkan untuk yang ketiga iaitu orang mu’min telah datang qarinah dari hadith sahih di atas iaitu sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis”, Yakni orang mu’min itu suci, kerana najis lawan dari suci, ketika Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menafikan (meniadakan) kenajisan bagi orang-orang yang beriman (mu’minun), maka mafhumnya ialah orang-orang yang beriman itu suci. Istimewa apabila kita melihat kepada sebab-sebab Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam (sabab wurudil hadith) bahawa orang mu’min itu tidak najis, iaitu kejadian pada diri Abu Hurairah yang sedang janabah dan tidak mahu duduk bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam dengan anggapan bahawa dia sedang tidak suci!? Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyalahkan anggapan tersebut dengan sabdanya : “Subhaanallah, sesungguhnya orang mu’min itu tidak najis.”

[Dari buku Tiga Hukum Bagi Perempuan Haid Dan Junub (Menyentuh/Memegang Al-Quran; Membacanya Dan Tinggal Atau Diam Di Masjid, Penulis Abdul Hakim bin Amir Abdat, Penerbit Darul Qolam]
Kesimpulan
Harus memegang al-Quran tanpa wudhu’, tidak haram, tetapi berwudhu’ lebih utama.

_________
Footnotes
[1]. Irwaa-ul Ghalil no. 122 oleh Shaykh Al-Albani. Beliau telah mentakhrij hadith di atas dan menyatakannya sahih. [2]. Kerana tidak datang satupun dalil yang melarang menyentuh atau memegang Al-Qur’an bagi orang yang junub, perempuan haid dan nifas.
Oleh
Al-Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat (diedit oleh Hareez Faqiir Ust Abu ‘Azzam)

Menang Duet Raya

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah...pagi2x da tersenyum...
Sesaja join Mini GA dari Cik INTAN BERLIAN
GA duet raya untuk anak2x...
Tak banyak..cume RM5...
Tapi bernilai sebab boleh mengeratkan ukhwah sesama blogger...

Wa masukkan nama anak2x..
Ummu Atiyyah AL Umairah
Muhammad Ammar AR Rayyan....

Tapi dalam ramai2x anak...
cuma nama sorang ajer yang akan dicabut undinya...
Tak sangka Nama Muhammad Ammar AR Rayyan bertuah...
Dapat duet raya dari Aunty Cik Intan Berlian...
heheheheh....
syukur sangat2x...
nanti Raya Ummi bagi kat Ar Rayyan yer....

Semperit Susu

Assalamualaikum....... 

Salam ramadhan sume yer...
Tinggal kurang 10 hari aje lagi kan kita nak berpose???
Masa pantas betul berlalu....
Pejam celik pejam celik....da 19 Ramadhan....



Raya pun dah xlama lg
Masing2x mesti da sibuk wat persiapan raya
Tak terkecuali dgn empunya blog

Mana tak nya
tahun nie memang semangat raya lebih ckt
pas dua thun btrut2x asek bpantang time raya aje
taun neh wa memang blas dndam..
beraya sakan.ha3x



Oklah da jauh plak melalut kan?
..arini ter-rajin nak share resepi
Wa pasti msti ramai yg suka dgn semperit susu?
Biskut yg manis dan cair di mulut.

Wa amek resepi nie dari blogger Anne...
memang xsia2 mencuba...
Sebab resepi nie memang menepati citarasa wa...


Selama neh wa wat kueh semperit susu...
xpernah menepati citarasa...
cerewat gak kan???
Bukan ape..sebelum nie seksa tol wa nak wat biskut neh...
Ada resepi tuh yang adunannye cepat betol mengeras...
samapi sakit tangan duk tekan acuan nak membentuk bunga...
Pastu da bakar....da siap...
Nak amek masukkan dalam balang biskut tak boleh...
Sebab terlalu rapuh....seksa tol...
Dah plak tuh...time makan...erm...memang xsedap la...
sebab ase mentega semata2x...

Tapi yang nie...wa xase pun lagi...
Da tau menjadi...
Sebabnye?????
Mentega xbanyak pun pakai....
pAstu masa nak tekan wat bunga...lembut ajer...and adunan xmudah mengeras...
yang besh...pas da bakar....masa amek tuh...
Aduhai...xrapuh dan xkental macam batu...
kira sedang2x ajer....memang tersangat puas la hati....
Jadi jom intai resepi nie erk....


SEMPERIT SUSU aka BISKUT BUNGA CINA
Resepi asal: ANNE

BAHAN-BAHAN
*400gm tepung jagung
*200gm tepung ubi 
1 biji kuning telur
1 tin kecil susu pekat manis 
6 sudu besar marjerin 
ceri untuk hiasan

*Ayak dulu yer tepung..

Masukkan kedua-dua jenis  tepung, marjerin, telur dan susu....
Uli atau gaul sampai adunan jadi doh yang lembut....(Pakai tangan ajer pun da ok)

Sediakan loyang pembakar. dan leserkan dengan sedikit mentega
Panaskan oven pada suhu 140 C

Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit adunan doh
Tekan adunan di atas dulang pembakar
Buat sehingga habis adunan
Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina ~ ini supaya ceri tidak tertanggal
Letakkan ceri merah/hijau di atasnya

Bakar didalam oven dengan suhu 140C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna

Nota: 

Jika adunan telah mengeras....boleh tambahkan susu untuk lembutkan Doh..Dan jika adunan terlalu cair...Boleh tambah sedikit tepung...Kena pandai adjust sendiri la yer...

Semasa proses membuat bunga cina..jika xnak doh melekat/melekit pada tangan..boleh celup tangan dalam tepung dan uli doh macam biasa...

ok???Selamat mencuba yer....


p/s: my prenz tanye napa xpakai ceri merah???Baru la nampak menyerlah...Jawapan aku...sbb ceri merah xde and xplan pun nak wat pada asalnye...hahahaha....


KECUAIAN YG TAK TERJANGKA

Sekadar berkongsi cerita benar yg berlaku...

Tadi ada berita sedih ttg guru di SMK USJ4, krn kematian anak yg baru berumur 2 tahun.. Sbb kematian ini berlaku dlm keadaan yg menyayat hati...

Alkisah cerita ni berlaku ptg semlm. Cuaca semlm area subang jaya ni cerah, dan matahari panas smpai ke petang.

Alkisahnya, Si cikgu ni mengajar di sesi ptg. Oleh krn ada mesyuarat e-hrmis dan e- apa-apa lagi tu, cikgu ni keluar awal drp biasa krn perlu hadiri meeting. Suami cikgu ni outstation, maka mmglah kelam kabut.

Cikgu ni angkat anak yg msh tidur, ke kereta. Anak kecil itu dibaringkan di tmpt duduk belakang. Anak itu biasanya akan dihantar ke rumah pengasuh sebelum ke sekolah.

Malangnya, entah macamana, sbb kepala dok ingat ttg kerja-kerja di sekolah, dan meeting yg akan dihadiri, cikgu ni tadi terlupa nak hntar anak dia ke tmpt pengasuh spt sepatutnya.

Smpai saja di sekolah, cikgu tu lupakan anak dia masih di dalam kereta. Dia matikan enjin dan kunci kereta, terus tinggalkan anak di dalam kereta sndiri.. Bayangkan anak itu ditinggalkan pd cuaca panas , dan tidak buka tingkap. Apa yg akan terjadi??

Tapi, yg sedihnya Cikgu tu terus lupa anaknya yg masih dlm kereta, dan dia teruskan kerja spt biasa. 

Sehingga ke ptg jam 5 lebih masa nak balik, cikgu tu terus ke kereta. Terkejut, tgk anaknya ada dalam kereta. Baru dia teringat, dia lupa hntar anak ke rumah pengasuh. Tapi, yg lbh menyayat hati, anaknya ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Bajunya dikoyak-koyak mungkin sbb kepanasan. Sudah terkencing dan terberak. Teddy bear yg dipegangnya pun basah kuyup sbb peluh dan air mata..

Masya-Allah, siapa sangka anak kecil itu mengakhiri nyawanya sebegitu krn kecuaian ibu sndiri.

Tadi ada kwn-kwn sekolah yg pergi ziarah sbb kebetulan cikgu ni tinggal di kuarters guru. Ramailah kwn sekolah yg kenal sbb mrk berjiran. Cikgu tu menangis dan salahkan diri sndiri... Sedih dengar...

Kesimpulan, jgnlah cuai terutamanya yg melibatkan anak. Dan, jgn terlalu fokus pd kerja hingga hilang tumpuan bab-bab tgjwb pd anak... Moga cerita ini dpt dijadikan teladan buat  semua rakan yg bergelar guru....

P/s: Ya Allah tabahkan hati ibu mangsa.Mohon dijauhkan perkara berikut pada kami..

HATI WANITA-Lelaki Takkan Pernah Faham

Assalamualaikum.......

Duhai Lelaki...
Ketahuilah wanita itu terlalu istimewa....
Jiwa kami terlalu rapuh...
Sifat kami memang berbeza-beza...
Hati kami terlalu kecil...

Pabila kami berbicara....
Kami hanya mahu diberi perhatian...
Pabila kami gembira...
kami mahu berkongsi kebahagian itu bersama...
pabila kami ditimpa masalah dan menangis..
kami mahu anda di sisi...
meminjam bahumu untuk berkongsi perasaan itu..
Cukup sekadar itu....

Tidak kami pinta wang dan harta
Tidak kami minta paras rupa menawan
Tidak kami minta hadiah dan pujian...
Hanya masa bersama...kesetian..dan kasih sayang

Kami tidak pandai berbicara secara terus..
kata-kata kami penuh dengan kiasan..
kerana sifat wanita itu penuh misteri...
penuh dengan sifat malu....

Cubalah fahami kami...
cubalah mengerti sifat kami...
Belajarlah mengenal hati kami...
pasti kau temui cinta sejati...
kebahagiaan yang hakiki...
yang berkekalan hingga ke akhirnya....

Duhai lelaki....
Tidak semua wanita itu sempurna...
Ada masanya mood wanita berubah-ubah..
Ada masanya jiwa wanita mudah terasa...
Belajarlah bersabar dan memahami...
Bukan membentak dan berkasar...
Bukan memarahi dan membenci...

Andainya kau tahu lelaki....
Pabila seorang wanita menerimamu dalam hidupnye...
Meieka hanya mahu kamu setia...
Mereka hanya mahu kamu memandangnya...
mereka hanya mahu kamu bersamanya...
Dan balasannye kesetian dan seluruh jiwa kami hanya untukmu..

Kerana itu lelaki...
jangan sesekali bermain dengan perasaan kami...
jangan sesekali membohongi kami...
jangan sesekali merosakkan hati kami...
kerana sekali kau melakukannya...
selamanya kau merana...

SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM 100

Assalamualaikum.......

Jom join segmen neh...
Mana tau ade rezeki kan???


Insha Allah kalu da rezeki aku....

GANGGUAN ATAU PERASAAN????

Assalamualaikum.......

Da lama ase xupdate blog....
Banyak sgt masalah smpai belog pun xber-up-to-date

Adoi...aku xtau la ape mslah aku....
tapi asenye berat jugak nak menanggungnye...
Berbulan menahan sakit yg xtau ape puncanya....
Dan da ramai jugak ustaz dan guru p jumpa...
Tapi mcm tu la...sekejap ok..sekejap xok....

erm..permulaan kisah terjadinya pnyakit misteri neh...
semunya gara2x bermula dari mkan lauk tempoyak ikan patin yg aku beli kat kedai makan...
dan kebetulan malam tuh aku termakan sekali dgn ubat pil perancang...
padahal xde papepun berlaku...
tapi tu la kan..time solat..tetibe leh plak duk teringat mkn ubt dgn durian...
betol la org kata yg syaitan neh akn cube mcm mana sekalipun untuk ganggu ibadah kita...

kesudahannya..pas teringat jer...
trus aku kene pyakit berdebar2x...
ase mcm aku dh nak mati time tuh...
badan berpeluh...tangan kaki sejuk...
jantung mmg mcm nak pecah la...

Mak mertua aku suh aku minum air tanah liat...(memang ade stok kat umah)
katanya air tanah liat neh penawar bg segala racun atau salah makan...
yela..manusia kan berasal dari tanah...jadi penawar bg racun pun dari tanah jua...
aku pun minum...dan terus tido slm keadaan takut yg teramat sgt...

Alhamdulillah...bangun esk paginya...
perasaan tuh ilang...dan Allah masih panjangkan umur aku...
Tapi rupenye xlama...tengahari time nak makan...
pyakit berdebar tuh dtg lagi...
dtg lagi perasaan takut....takut seolah2x kita akn mati ari tuh....

Dah xtahan sgt sebab hampir setiap masa aku kene pyakit neh...
Dan aku lgsung xleh dengar...nampak atau bace bnde bkaitan MATI...
lagi truk jadinye keadaan aku....
Finally aku try gk berubat kampung....
erm...cam bese la...diorang kata ade gangguan...
sampai tahap keluar jarum dan racun berwarna merah...
katanya itu sume santau angin...ade yg xpuas ati dgn aku...
atau mb sbb aku tersalah mkn kat mane2x...
erm....tah la..aku pn mls pkr.aku cume nak sihat blek ajer..
tapi pas berkali2x g..tetap xkurang...dan ade perasaan ragu2x...
maka aku tinggalkan dan cube mencari org lain...

Kalu kat klinik...memang ari2x la aku duk wat check jantung...
sbb takut ade pnyakit jantung....
dada asek berdebar2x dan aku selalu sangat sakit dada...
Tapi sume cakap ok...jantung xde mslh....
Then diorng suggest amek darah...
sbb takut ade penyakit thyroid..
aku pun stuju...amek darah untuk cek kencing manis..kolesterol dan thyriod...
Alhamdulillah semua ok...xde mslh lgsung....

erm...kemuncaknye...aku g jmpe dgn cikgu kat sebelah klinik aku...
orgnye nampak ganas aje...Tapi keraguan aku ilang sbb bila dengar die bace ayat2x al-Quran...
Ya Allah...benarlah kata org..ade gangguan pde aku...semakin kuat cikgu tuh bace ayt al-quran...
semakin sakit jadinye badan aku...
kaku...keras...kebas..kejang..dan sumenye ade...
sehingggalah saat cikgu tuh menusuk keris pada jantung aku melalui ilmu batin...
barulah bnde tuh keluar....sakitnya Tuhan aje yg tau....
Katanyabenda halus tuh duk bergayut berdekatan jantungku..
sebab tuh aku duk ase berdebar2x dan takut3x ajer...
selepas berubat...aku ok skjap...
tapi sehari lepas tuh...bnde tuh mcm masuk semula...aku jadi berdebar2x semula...

Erm...then aku berubat plak kat pekan...
Tapi lain kali la citer.....panjang sangat dah...
erm.....Moga ada harapan kesembuhan bgi diriku Ya Allah...




KRAFT FELT- dah terjebak plak aku!!!

Assalamualaikum.......

Hai....sana sini duk wat craft guna felt...
Aku yg memang suke dgn barang2x gitu...
sekarang da tjebak plak dah......

Lagi2x kalau tgok orang duk post pasal plushies...
yg comey and cantek giler...
contoh macam neh...

Ini contoh gambar aku google aje tau...
Bukan aku yg wat....
Kalu nak arap aku buat.....x jadi la kot...huhuhuh

Disebabkan geram yg teramat...
Macam2x kaler kain felt aku beli...
Button yg comey...
Fiber dan semua kelengkapan kraft aku borong on9...
wow..leh tahan la bnyak gak aku beli....

Tapi sayangnye....da berbulan aku beli...
But masih xbuat gak...
Ade la satu dua yg menjadi...
Tapi sebab kekangan masa ...
dan lagi baru nak pegang jarum..da datang si kecik 2 org...
huh..trus xjadi...peram aje kat dlm gobok...

erm....Nak wat wane...semangat memang ade...
tapi xberkesempatan g nak wat...
sampai ade yg perli2x aku..beli sesaje jer..tapi xwat...
lagi pedas bila org tuh eksen ckp die leh ajer wat...
xkan xwat kalu da beli..mbazir duet laki aje beli bagi...

huhuhu...tapi aku beli..pkai wet aku sndrik...
die bley ah..xkeje..suri rumah aje..
aku keje pkul 8pg-5ptg..
tu pun kuo umah kol 7.30pg..sampai kat umh 6.30ptg....
penat weh....

Tapi sebab tercabar sgt...
pasneh aku azam nak siapkan gak kraft aku tuh...
bio terbuntang bijik mata org yg duk mengata kat aku...
hahahahaha.....
oppsss...xbek wat cenggitu kan...
ishshhh...xdela...ak xkan wat gitu la...
gurau ajer...

Ape2xpun aku baru ajer nak bermula...
banyak nak kene belajar...
arap2x sape2x yg bek hati...leh la bg tnjuk ajer..heheeehhheee

Segmen Saya Nak Button Cute Dari Syafqa Akmal

Assalamualaikum.......

Saya join GA nie...

Klik Kalu nak Join

Nie button comey yg jadi hadiahnye....Menarik kan??


Syarat yg sangat simple...Jom Join

~1st GA by Hijab Valley~

Assalamualaikum.......

Join GA dari Hijab Valley..


Suka sebab syaratnye sangat2x simple...huhuhuhu

Nak tagged :

che Rose
mama mia

kalu nak join klik banner yer...

Alat Dalam Rahim-IUD

Assalamualaikum.......

Jom belajar tentang IUD atau dikenali sebagai Alat Dalam Rahim(ADR)

Apakah Alat Dalam Rahim???
-Merupakan sejenis alat kecil yang dimasukkan ke dalam rahim

Cara Berfungsi:

*Mencegah persenyawaan

*Mencegah pelekatan janin pada dinding Rahim

*ADR yang mengandungi hormon bertindak dengan menghalang ovulasi

Cara Penggunaan:

*Doktor perlu melakukan pemeriksaan Pelvik terlebih dahulu

*ADR dimasukkan ke dalam rahim

*Masa yg sesuai untuk memasang ADR adalah:
-Dalam tempoh 12 hari pertama kedatangan haid
-Selepas 4 minggu bagi ibu yg bersalin
-Serta merta seleas keguguran

*ADR digunakan selama 3-5 tahun mengikut jenis yang digunakan


Soalan LAzim

Q-Adakah ADR mengganggu hubunga seks??

A- Tidak

Q- Bolehkan ADR bergerak keluar dari rahim ke bahagian organ yg lain??

A- Tidak

Q-Bolehkah ADR terkeluar dari rahim melalui faraj??

A-Boleh. Klien perlu memeriksa keddudukan benang ADR setiap kali selepas kedatangan Haid

Q-Apa yg pelu dilakukan apabila benang ADR tidak dapat dirasai??

A- Berjumpa doktor segera untuk pemeriksaan



CHEESTART- Tart PAling Hot Masa Kini

Assalamualaikum.......
Uiks..tetiba ajer citer pasal makan2x plak pagi neh...'
Ekceli ak xtau nak tulis pasai aper...
Tibe2x terpikir nak citer pasal cistart neh...
Maybe sbb skrg sume org tgh hot citer psl cistart kot..
Kat FB ari2x diorang pos pic cistart...

ok...sebenarnya aku da penah wat sekali cistart neh...
fuh..memang agak mencabar ckit...
yela..kene bakar biskut dulu..pastu buh filling dgn cheese..
pastu bakar semula...
walaupun hsilnye x seratus peratus comey mcm org len wat...
Ape2pun memang berbaloi sbb sedap giler..
sekali hadap ajer da abes...huhuhuhu..

gambar pinjam aje dgn hubby google
Huh..tegok gambar ajer da tergoda kan???
Sorry la aku xamek gambor pun time wat cistart ari tuh...
Sebab masa wat tuh..da lambat sgt...
nak kene balek endau semula....
pastu nak snap pun cam segan ajer..sbb fisrt time wat kan...
bnde memang xcomey la...

Tapi mggu cuti sekolah neh...
aku blek kampung lagi...
Memang da plan nak wat semula cistart...
nnti aku kongsikan gambo yg comey beserta dgn resepi skali yer...

P/s: aish telinga..Bile la ko nak ok...Blek kg kali nie..memang aku akn pastikan ko g jumpe dgn pakar ENT...


MARATON- Berpeluh nak mangganti pose

Assalamualaikum.......

sekarang da pun masuk bulan Rejab...
X lama lagi masuk syaaban then ramadhan...
Aduh ramadhan....aku rindu padamu....
tapi sekrang kene la mengganti semula pose yg tertinggal dulu...
huhuhu...kalu seminggu xpela...
ni sebulan ko nak ganti balek...
semuanya gara2x sebab time pose ari tuh...
aku tengah duk bersalinkan si Ammar Rayyan...

Tapi even xpose pun time tuh...
memang xbest...sbb dalam pantang kan...
so semua bende xleh nak telan...
yg bolehnye telan air liur jela tgok org makan....

So berbaki kurang dua bulan lagi...
kene la berhempas pulas untuk gantikan semula puasa yg tertinggal ari tuh...
Alhamdulillah..da 7 ari da lepas....
so ade 23 ari lagi.....arap2xnye berjaya la...
Insha Allah...


SENTAP!!! Mane perginya Nilai2x murni ENCIK...

Assalamualaikum.......
Mood....xberape nak ok...
sedey sangat2x...ase nak nanges ajer..

Kenapa la mesti macam neh jadinye...
Keje sbgai Penolong Farmasi neh memang betol2x mencabar...
Buat baik macam manapun....bile da berdepan dgn manusia...
yg xder adab etika..bila iman da campak ketepi...
Taik juga kita pada pandangan diorng neh...

erm..ape salahnya kalu bercakap tuh biar berbahasa...
Aku da abes2x lembut tadi bercakap dgn die...
Da slip ubat die da setahun yg lepas expired...
Memang la farmasi xkan bg ubat...
Sapa yg berani nak amek risiko bile nenek tua yg ade masalah semput...
setahun xcek doktor...
Kalu jadi pape..aku gak yg dipersalahkan nnti...

erm...Encik..saye tadi cakap kat encik..ubat neh xleh amek..
Sebab da setahun makcik neh xcek doktor...
Apekate encik pergi kat tempat pendaftaran...
Cakap kat diorang yg Nenek Encik nak mintak sambung Ubat...
Pesakit xdapat datang sebab da tua....

ITu aje...salah ker???
Dah ko xbawak pesakit...aku bg la cara nak dapatkan ubat...
Last2x ko pegi kat pendaftaran...ko mngumpat pasal farmasi...
pastu ko tengok pesakit ramai...
Ko pun hangin dan datang kat farmasi maki hamun aku depan semua orang...
paling berbisa sekali bile ko suh aku tanggung kalu NENEK ko mati malam nie sbb xdapat ubat???

Astagfirullah...xde iman ker cakap macam tuh???
Kalu ko cakap tadi..orang kat depan terlampau ramai...
xsempat nak tggu sbb ade keje...aku mb lembut ati and bagi jugak sedikit bekalan ubat...
Aku bukan kejam ENCIK oii...
Aku pun tau nak berlembut bila orng mintak tolong...

TAPI tak...ko malukan aku depan orang ramai...
Ko maki2x aku mcam aku xde perasaan...
ENCIK..saye neh PEREMPUAN....
memang nampak kasar...
Tapi HATI saya lembut macam tisu...
Pantang kene cuit..memang meleleh air mata...
tapi aku terpaksa tahan sebak didada...
Memandangkan aku sorang ajer yg bekerja petang neh...
dan ramai lagi pesakit didepan aku...

YA ALLAH..berikanlah aku kesabaran...
dalam mhadapi dugaan..
melayan kerenah dan gelagat manusia akhir zaman...
yg dah xde adab kesopanan dan budi bahasa...
Sesungguhnya...jauh lagi perjalananku....


P/s: Terima kaseh pade yg sudi bace luahan hatiku.....

mega giveaway : santai banyak banyak

Assalamualaikum.......
Jom..join Ga neh..
Klik Banner kalu nak join

KESUDAHANNYA...xpegi pun jumpa pakar arini...

Assalamualaikum.......
hye...minggu lepas beria2x aku post cakap nak g jumpa pakar pasalm masalah telinga aku...
sape2x xpaham..leh tgok cini ---->>Sakit telinga
Last2x arini aku xpegi pun...

Uiiisih..kalu dipikirkan kecewa ati...
Tapi nak wat..bende da berlalu...
Tggu jela lain ari plak...
Nseb pade referral letter xde tulis tarikh kene jumpe...

Erm...nak tau ker kenape x g???
Perlu ke ek???
Xperlu kot...masalah peribadi..xnak kecoh2x..ahakz...
janji korang tau yg aku xjadi g mnggu neh...

And yg paling sakit...
esok aku kene la reka satu reason kat doktor nape xg jmpe pakar...
dan kene jawab dgn boss sbb xg jmpe doktor xdela MC...
so esok..kene la isi borang EL...
aish...agak bad prstasi keje ku tahun neh...

Ape2pun...aku ade gak la jmpe doktor swasta kat pekan...
Dia ade bg ubat die tuh..
memang power la..
Alhamdulillah...kurang ckit ase..
memang power gak la ubat titis telinga die tuh...
masuk jer kat telinga...terasa letop2x aje...
aku tye gak doktot ubat ape...die cakap die wat sndrik..so aku tye la lebey2x...

Apepun..da ase lega ckit...
ok la..smntara nak tggu jmpe dktr len kali...
sbb memang kene jmpe gak...
telinga da start berdengung dan kurang jelas....

Arap2x dgn ubat neh..semakin ok la pasneh....
ok lah...ak da tersangat penat..
sebab baru blek dari pekan...
sok nak keje plak...
selamat malam sume....

TELINGA SAKIT!!! Lagi Sakit Dari MAsa Nak Bersalin

Assalamualaikum.......

salam jumaat semua....
Minggu nie agak menyakitkan bagi wa...
Mana x nya...da sebulan sejak wa accident kereta...
telinga sakit dan bernanah..
Jumpe doktor...doktor bagi antibiotik and injek ubat tahan sakit
ubat titis telinga xdapat la..
atas alasan nnti telinga lagi teruk sbb da bernanah + dgn ubat titik...
telinga lagi lembab...
ok..wa terima...
Tapi pas abes makan antibiotik...
telinga masih xok...
still bernanah lagi...
ari2x la aku duk bersihkan pakai putik kapas 
kalu x..asek meleleh ajer..
berdengung ase telinga...
org cakap pun da xberapa nak dengar...

Aku p lagi doktor swasta plak...
dengan harapan ada la ubat yg leh keringkan nanah kat telinga...
tapi da pakai...still xok gak...
macam xde perubahan...

Kemuncaknye....da dua malam...
telinga neh duk berdesing and berdenyut...
Ya allah...ENGKAU ajer yg tau betapa sakitnye...
org kata sakit gigi la yg pling sakit sekali...
sakit beranak la pling sakit sekali...
Tapi bg aku..sakit telinga la yg paling sakit...

Masa bersalinkan Atiyyah dan Ammar...
aku xder plak nanges2x...
sakit cam ner pun aku tahan ajer...
Tapi da dua malam menanggung sakit telinga...
da xtahan da...memang meleleh gak la air mataku ini...
Arini jumpe doktor lagi...
Finally kene refer dgn doktor pakar plak...
So tggu la mnggu depan cam ner plak..
Ya allah..arap2x xde pape la...
Jgn la KAU amek nikmat pendengaranku ini...
sesungguhnya hambaMU ini masih memerlukan nya...

Semoga aku semakin sihat...

Contest Simple By My Muslimah Collection

Assalamualaikum.......

Nak join GA by Muslimah Collection...
Dapat baju sehelai nnti...
So kalu nak gak...leh klik Banner


p/s: arap2x ade la rezeki!!!!

Teringin nak wat lempeng oat vs sambal sardin

Assalamualaikum.......

Hye....nak tanya..ade sape2x x pernah wat or makan lempeng oat cicah dgn sambal sardin???
Wa ist time merasa hidangan tuh semalam masa kursus kat rompin...
Sedap giler2x argh...
menyesal plak semalam wa amek sekeping ajer...

Mula2 tgok..nampak cam bese aje...
xberani la nak emk lebey...takut cepat muak...
Tapi bila da masuk dalam mulut...Telan dek tekak...
Mabeles..sedap giler...
Ase serasi sangat lempeng tuh dgn sambal sardin...
Gambar wa google ajer
Selama nie..wa selalu gak makan lempeng...
Tapi bergandingan dgn kuah kari ajer...
Jadi memang cepat muak dan xberapa nak suke...

Pas da try makan masa g kursus...
huh..trus carik2x resepi...
Nanti ujung minggu leh la try.....
(resepi carik sokmo..nak wat tuh xtau la bile)

Tapi xtau la sedap ke tidak....
kite try dulu yer...
Kalu jadi...nnti wa share resepi ek...

p/s: Menyesal plak x snap gambar semalam..Kalu x..leh gak nak tunjuk kat korang...

Telah lama ku tinggalkan Belog personalku...

Assalamualaikum.......

hye sume...aper cer???
Jangan terkejut dgn entry nie ek...
sje wa nak wat gempak....
ekceli...tetibe ase winduw plak nak bercerita kat belog...

Selama nie..wa terlalu bz dengan belog shaklee kt Mama Atiyyah Umairah
sampai xde mase nak bercerita pasal belog personal...
huhuhuh...kalu ade yg pasan...sume citer2x peribadi wa...
sume wa da delete kat belog mama atiyyah...

Bukan aper..saje wa xnak campur adukkan belog bisness dengan belog personal...
Bila da asek focus kat belog bisness ajer...
maka xde la citer2x pasal diri sendiri....

sekarang da datang plak mood rindu nak bercerita...
hah..pasneh ade msa wa nak aktif ber-blogging semula la...
Ramai da member2x belog wa melarikan diri...
huhuhu..salah sapa???salah sendiri la...

orang nak datang umah nak beramah mesra...
ko sibuk bercerita pasal produk...
haish...kan da kata..jgn campur adukkan hal bisness dgn hal peribadi....

huhuhuhu....sedey kan??
so pada sape2x yang masih igat wa...
jom la jenguk2x rumah burukku semula yer....
kita rapatkan ape yg jarang....huhhhuhu...


Mood T_T : aku mengantuk jage klinik orang...huhuhuh

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com

Assalamualaikum.......

Klik Banner kalu nak join Yer!!!!

1st Giveaway By Izzah Azmin

Assalamualaikum.......


Klik Banner kalu nak join..
Exp: 10 April 2013

"GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"

Assalamualaikum....... 


Jom join "GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI"

HADIAH?


*tarikh tutup penyertaan adalah 3/4/2013
Jom join ramai2x...


SEGMEN: JOM LIKE SAMPAI LEBAM

Assalamualaikum.......

JOM JOIN SEGMEN NEH...
Klik Banner kalu nak join!!!!

Leh tambah like kat fanpage korang!!!!huhuhuh...

TARGET LIKE : 500

Mini Giveaway #12

Assalamualaikum.......

Jom join GA dari Cik INTAN BERLIAN..
Klik Gambar kalau nak join!!!!

(28/03/2013) Nama pemenang akan diumumkan...
So jom la join ramai2x....
Arap ade la rezeki wa...huhuhh

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah

Assalamualaikum.......

Join GA dari putry Mirah..

Tarikh tamat akhir Bulan Februari 2013 .
"WOW RM 200 tu.Apa tunggu lagi ? Jomlah rebut"

Syarat yg sgt simple ajer..
saje wa join selain tertarik dgn hadiahnye....hehehehee...

Kalu ade rzki.Alhamdulillah...klu xde..xper..leh tmbh rmi kenalan dgn join segmen...

Random Giveaway by LS

Assalamualaikum.......


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Mestilah warganegara Malaysia sahaja. 
Jantina : Lelaki / Perempuan. Pondan? Tak layak XD
WAJIB ada blog.

Giveaway akan terbatal jika kurang 50 penyertaan

Jom join..wa da join...

2nd GA - KAIN PASANG

Assalam...join GA lagi dari Cik Intan Berlian.


TARIKH TAMAT GA : 22 FEB 2013 (JUMAAT), JAM 11.00 MALAM.

Harapan..Ade la rezeki..boley wat baju raya tahun neh...hehehehe...

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Join GA lagi..kali neh join GA IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013


LINK SPONSOR!!!!


TARIKH TUTUP : 28 FEBRUARI 2013

Like, Share & Win Contest (Menang senang katenye...)

hye...arini join GA banyak2...
kali nie dari Couleurs blog...

klik banner if nak join gak!!!!

wa join melalui blog la..best ckit...hehehee....
ok...wa da follow blog dan syarat2nye yer!!!!

siap print screen lgi tau!!!!

Contest akan berakhir pada 8 February 2013! 

" I want that necklace from Sarang Hamnida Collection"

Jom..join " I want that necklace from Sarang Hamnida Collection" GA


Jom ramai2 join..hadiah sgt menarik dan yg best xbnyak syarat2 nk kene follow...huhuhuhh...

Nak join???Juz klik banner yer.....

4/2/2013-10/2/2013

Ayu's Felt Craft

Jom join segmen neh...mane tau ade rezeki dpt barang comey dari org yg kreatif...huhuuhh


kalu nak join..juz klik banner yer...

Tarikh tutup penyertaan 16 Februari 2013

Sangat senang dan best join segmen neh..xderk bnyak rules yg krang perlu follow...i like it!!!

p/s..nak join gak sbb baru jer berjinak2 dgn craft felt...huhuuhuhh...

ok..arap2 ade la rezeki..jom rmai2 join...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
COPYRIGHT BY DE'LAROSA PERFUME, AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink